Tuesday, 13 November 2012

SANTAI BAHASA


Tersebutlah al-kisah antara seorang guru dengan anak muridnya ketika waktu Bahasa malaysia.
Guru : Baiklah,murid-murid.hari ini saya nak mengajar kamu tentang perkataan berlawanan.
Murid x2: Baik cikgu.
Guru : Kamu semua harus memberikan perkataan berlawanan bagi perkataan yang saya sebut.Sedia?
Murid x2: Sedia cikgu……


Guru : Panjang
Murid x2: Pendek
Guru : Cantik
Murid x2: Buruk
Guru : Kuat
Murid x2: Gagah
Guru : Salah tu!
Murid x2: Betul ni
Guru : Hei,sudahlah
Murid x2: Hai,belum lagi
*cikgu tu marah lalu duduk,kemudian muridnya pula bangun
Guru : Cis,malas saya mengajar kamu semua!
Murid x2: Wah,rajin awak mengajar kami semua
Guru : (keluar dari kelas)
Murid x2: (keluar dan masuk semula ke kelas)
Guru : #@!X*$

No comments:

Post a Comment