Sistem Ejaan

SISTEM EJAAN
 
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ), pada tahun 1959, satu mesyuarat untuk menstandardkan sistem ejaan Rumi telah dijalankan. Hasil daripada mesyuarat tadi, diumumkan Sistem Ejaan Malindo, iaitu singkatan kepada dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia. Dalam hal ini, sistem ini tidak dihebahkan kepada masyarakat. Pada tahun 1967, rundingan antara Malaysia dengan Indonesia untuk kali kedua berkenaan sistem ejaan Rumi bagi kedua-dua buah negara telah mewujudkan Sistem Ejaan Bersama Malaysia – Indonesia yang disebut Ejaan Baru hasil daripada kesepakatan. Antara perkara yang dipersetujui melalui rundingan ini adalah sistem penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup ( vokal i, e, u, dan o ). Sebagai contoh, titik, belek, tikus, dan belok. Selain itu, penulisan awalan dan akhiran mempunyai satu cara sahaja, iaitu digandingkan atau ditulis serangkai dengan kata dasar. Misalnya, memukul, berbaju, dan tertinggi. Selanjutnya, penulisan partikel dan kata sendi nama ditulis berasingan daripada perkataan lain. Contohnya, siapa kah, dia lah, dan apa tah. Akhir sekali, ejaan baru ini telah mengadakan grafem baharu, iaitu sy menggantikan sh, c menggantikan ch. Misalnya, syarikat sebelum ini dieja sharikat dan cantik sebelumnya ini dieja chantek.
 
            Walau bagaimanapun, Ejaan Baru ini mempunyai beberapa masalah, iaitu menimbulkan kesukaran masyarakat pada peringkat awal berikutan penambahan grafem sy dan c tersebut, pemisahan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di, dan ke daripada perkataan lain tidak menghasilan tipologi yang baik, dan tidak menjelaskan penulisan vokal dalam kata pinjaman. Selain itu, Ejaan Baru ini juga tidak ada pelaksanaanya secara rasmi. Malah, dalam tempoh menunggu perasmianya, timbul pula Ejaan Cadangan yang telah membuat beberapa perubahan pada Ejaan Baru tadi. Ejaan Cadangan telah mempertahankan penggunaan sh dan c, dan menggandingkan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di dan ke dengan perkataan lain.
 
Seterusnya, cita-cita bagi penyatuan ejaan rumi di Malaysia dan Indonesia sebagaimana yang dicadangkan dalam Kongres Ketiga (1956) terlaksana juga apabila Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pemerintahan Republik Indonesia mengadakan perjanjian persahabatan pada 17 April 1959. Pertemuan itu telah menghasilkan gagasan sistem ejaan bersama yang dikenal dengan Ejaan Malindo. Sistem Ejaan Malindo mengandungi maklumat tentang fonem vokal, diftong, dan konsonan serta perlambangannya, kaedah penulisan dan penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang dan penggunaan angka dua, penggunaan tanda baca. Ejaan Malindo tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan tidak praktis dan tidak ekonomik. Salah satu sebab terjadi demikian adalah disebabkan pengenalan grafem <ᴫ> bagi <ny> dan <n> bagi <ng> akan melibatkan penukaran mesin cetak. Hal ini akan melibatkan belanja yang besar. Persetujuan hanyalah di atas kertas dan tidak pernah dapat direalisasikan dalam amalan seharian.
 
Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy


Huruf Vokal
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u

Kesalahan Ejaan dan Imbuhan


Contoh:
 
Kesalahan Ejaan
Sepatutnya
Kesalahan Imbuhan
Sepatutnya
gulongan
golongan
perbuatan itu menyalahkan undang-undang.
perbuatan itu menyalahi undang-undang.
kretif
kreatif
…supaya pembaca mendidik dan lahir sebagai insan yang mulia.
…supaya pembaca terdidik dan lahir sebagai insan yang mulia.
spisies
spesies
..kepupusan pelbagai spisies haiwan, dan pemusnahan hutan.
…kepupusan pelbagai spesies haiwan, dan kemusnahan hutan.
Penduduk di kawasan pendalaman
Penduduk di kawasan pedalaman
 
 
erial
aerial
…masalah yang dihadap oleh mereka.
…masalah yang dihadapi oleh mereka.
antenna
antena
Penambahan kenderaan berenjin…
Pertambahan kenderaan berenjin…
losyen
losen
…melembuti kulit
…melembutkan kulit
lanskap
landskap
…berbuat pelbagai urusan…
membuat pelbagai urusan…
displin
disiplin
menyintai
mencintai
 

No comments:

Post a Comment